Pas Johor istiqamah sokong Muhyiddin - Utusan Malaysia

Pas Johor istiqamah sokong Muhyiddin

ABDULLAH HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas Johor kekal dengan pendirian untuk teguh bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjayanya, Abdullah Husin berkata, PN mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19.

Menurutnya, ini waktu terbaik parti itu menyumbang bakti dan jasa kepada rakyat dan negara dalam keadaan keprihatinan pemerintah amat diperlukan.

“Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ketika tiada Covid-19, manakala Pakatan Harapan (PH) pula mentadbir negara juga tanpa Covid-19 dan berakhir ketika wabak itu bermula.

“Jelas di sini pentadbiran dalam tiga era yang sangat berbeza dimana pentadbiran PN adalah yang sangat menguji kecekalan dan kesabaran kepada mereka yang memerintah.

“Dari sinilah menambahkan keazaman Pas untuk istiqamah bersama-sama kerajaan hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Abdullah, desakan segelintir pihak untuk mengadakan pilihan raya dengan segera hanya akan menjadikan negara berada dalam keadaan lebih parah.

“Keinginan untuk mengadakan pilihan raya segera dan hasrat mengubah kerajaan akan menjadikan keadaan negara semakin parah dan segala usaha yang dilakukan selama ini bagi mengatasi pandemik Covid-19 akan menjadi sia-sia.

“Akibatnya rakyat akan menjadi mangsa dan pada waktu itu, penyesalan sudah tiada gunanya. Maka, marilah bersama menyokong kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir negara dalam memerangi pandemik Covid-19 hingga mencapai kemenangan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya