PETALING JAYA : Parlimen Malaysia melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa satu penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial berkuat kuasa pada 15 sehingga 28 Jun ini.
Parlimen Malaysia dalam hantaran Facebook memaklumkan orang ramai boleh menghubungi talian hotline bilik operasi untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas.
Talian tersebut adalah 03-26036106, 03-26017222 atau 03-20721955 selain e-mel ke [email protected] atau [email protected].
Selain itu, ia boleh dihubungi menerusi talian terus pegawai terlibat dengan merujuk direktori di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia iaitu www.parlimen.gov.my.
Sebelum ini kerajaan memaklumkan PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun.- UTUSAN ONLINE