Parlimen: Kepimpinan UMNO perlu ambil keputusan - Utusan Malaysia

Parlimen: Kepimpinan UMNO perlu ambil keputusan

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: . Pemuda UMNO akan mendesak kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat keputusan tegas sekiranya kerajaan tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat. 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan melaksanakan titah Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Pemerintah agar menyegerakan sidang Parlimen boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Katanya, ini seiring dengan asas dan tujuan perjuangan UMNO untuk membela dan mempertahankan kepentingan Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO.

”  Kita mendesak kerajaan segera mengeluarkan notis panggilan bagi membolehkan Parlimen bersidang sebelum Darurat tamat 1 Ogos mentaati dan menghormati titah pandangan dan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

“Sidang Parlimen ini amat mustahak untuk disegerakan bagi membolehkan suara, harapan dan pelbagai tuntutan rakyat yang sedang dalam keresahan serta kesempitan ketika ini  dapat diperbahaskan secara rasmi oleh wakil mereka yang telah dipilih melalui sistem demokrasi berparlimen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Asyraf Wajdi berkata,  istilah ‘secepat mungkin’ yang digunakan Seri Paduka Baginda amat jelas memberikan indikasi untuk Parlimen dibuka segera. 

Menurutnya, ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menzahirkan sokongan Raja-Raja Pemerintah yang turut senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda agar Parlimen segera bersidang.

“Pemuda amat terkilan dengan sikap Kerajaan yang dilihat cuba berdolak-dalih dan mempolemikkan istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ seolah-olah tidak menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya