PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat adalah jalan terbaik merungkai kemelut politik yang dihadapi negara ketika ini, bukannya penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganalisis politik, Prof Dr. Azmi Hassan berkata, ini kerana Parlimen adalah medium yang menghampiri sistem demokrasi mewakili rakyat dan sebagai pembuat keputusan dalam setiap perkara. “Paling penting kuasa diberi kepada rakyat untuk membuat pilihan, tetapi pilihan raya ketika ini adalah tidak mungkin dilaksanakan. Jadi sebab itu dikatakan Parlimen diberi kuasa penuh untuk menentukan hala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya