Pahang: 100 jemaah solat Jumaat di masjid negeri dan daerah - Utusan Malaysia

Pahang: 100 jemaah solat Jumaat di masjid negeri dan daerah

ZULKIFLE ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang membenarkan seramai 100 jemaah menunaikan solat Jumaat dalam satu masa di Masjid Negeri dan daerah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifle Ali berkata, pihak pengurusan masjid dan surau dibenarkan menambah bilangan jemaah solat dengan mengemukakan permohonan.

Menurut beliau, setiap masjid yang membuat permohonan harus mempunyai keupayaan kawalan melebihi jumlah 100 jemaah.

“Kaedah kehadiran jemaah adalah mengikut syarat ditentukan pihak pentadbiran masjid, manakala jemaah pula hendaklah terdiri daripada kalangan ahli kariah rakyat tempatan bermastautin sahaja.

“Anggota keselamatan beruniform dan pemantau daripada pihak berkuasa agama antaranya JAIP, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Jabatan Mufti Negeri Pahang tidak termasuk dalam jumlah pertambahan jemaah dimohon,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan melalui sebaran prosedur operasi standard (SOP) terbaru bagi aktiviti ibadat dan solat Jumaat di masjid dan surau dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD) bagi negeri ini.

Sementara itu, Dr. Zulkifle berkata, bagi aktiviti solat Jumaat di masjid kariah, seramai 50 jemaah dibenarkan.

“Pengurusan masjid juga dibenarkan menambah bilangan jemaah solat, namun, terlebih dahulu perlu mengemukakan permohonan dan mempunyai keupayaan kawalan.

“Untuk solat Jumaat di surau yang mendapat kebenaran, jumlah asas jemaah dibenarkan adalah seramai 12 orang, namun, pengurusan surau dibenarkan menambah bilangan jemaah dengan mengemukakan permohonan kepada pihak kami.

“Jemaah untuk masjid kariah dan surau kebenaran Jumaat juga haruslah warga Malaysia yang bermastautin sahaja,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi solat fardu di Masjid Negeri, daerah, kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan, hanya 12 jemaah dibenarkan pada satu masa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya