Pagar surau dicuri ketika penduduk kena kuarantin - Utusan Malaysia

Pagar surau dicuri ketika penduduk kena kuarantin

DANEL Sharip, menunjukkan pagar besi di Surau Al-Hidayah, Kampung Tiroi, Labu dekat sini yang dikatakan dicuri pada 23 Mei yang lalu. -UTUSAN/IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pagar Surau Al-Hidayah, Kampung Tiroi, Labu dekat sini hilang dipercayai dicuri ketika penduduk di kampung tersebut sedang menjalani perintah kuarantin ekoran terdapat kes positif Covid-19 di kampung berkenaan.

Ahli Jawatan kuasa surau tersebut, Danel Sharip, 34, berkata, pihaknya yakin kejadian kecurian itu berlaku pada malam hari Ahad yang lalu ketika surau berkenaan tidak dibuka.

“Saya tidak sangka ada juga pihak yang mengambil kesempatan ketika penduduk kampung sedang menjalani kuarantin.

“Pencuri itu tidak mengambil keseluruhan pagar, tetapi hanya separuh iaitu yang terletak di tepi dan belakang surau. Anggaran kerugian pagar yang dicuri adalah bernilai sebanyak RM 4,000,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, pagar jenis ‘anti-climb’ itu telah dipasang kira-kira setahun lalu dengan peruntukan daripada pejabat daerah.

“Semasa kejadian. kira-kira empat buah rumah termasuk rumah imam dikenakan perintah kuarantin. Kami syak, kejadian pada hari Ahad malam kerana surau tidak dibuka pada malam kejadian,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan berhubung kejadian tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN