Nelayan guna pukat tunda di zon larangan ditahan - Utusan Malaysia

Nelayan guna pukat tunda di zon larangan ditahan

BOT nelayan tempatan yang dikesan menggunakan pukat tunda di zon larangan, ditahan di perairan Pulau Pangkor semalam. - UTUSAN/MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melanggar syarat sah lesen di posisi 2.4 batu nautika barat laut perairan Pangkor Utara semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dibuat berikutan pengesanan oleh bot ronda pasukan itu mengenai sebuah bot nelayan tempatan di dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 5.40 pagi.

“Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pantai Remis itu dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan  pukat tunda yang dilarang di kawasan pesisiran pantai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, dua kru termasuk tekong warga tempatan berumur dalam lingkungan  35 hingga 60 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 8.0 batu nautika mengikut syarat sah lesen.

Katanya, tekong dan kru bersama bot berisi kira-kira 50 kilogram hasil tangkapan mereka tiba di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan, untuk siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya