Negeri Sembilan buka PKRC di Stadium Tertutup Nilai - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan buka PKRC di Stadium Tertutup Nilai

PERSIAPAN kini sedang dilakukan bagi membuka sebuah PKRC di Stadium Tertutup Nilai di Seremban yang mampu menampung sehingga 1,060 pesakit Covid-19 berisiko rendah.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang menampung kira-kira 1,060 pesakit Covid-19 berisiko rendah akan dibuka di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini bermula 1 Julai depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembukaan PKRC itu akan menampung jumlah pesakit Covid-19 selepas dua buah PKRC sedia ada iaitu di Politeknik Port Dickson dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah yang akan ditutup tidak lama lagi.

“Tujuan kita untuk buat satu tempat PKRC ini adalah kerana kita akan tutup PKRC di Politeknik Port Dickson dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah kerana pelajar akan masuk belajar termasuk pelatih kejururawatan.

“Ia juga supaya kita dapat selaraskan di satu tempat sahaja termasuk untuk mengurangkan bilangan petugas, ia juga mudah untuk membuat kawalan apabila ia di satu tempat sahaja. Saya harap bilangan pesakit di PKRC ini tidak penuh dan kita dapat kurangkan lagi pesakit Covid-19 di negeri ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke PKRC tersebut hari ini.

Jelas Aminuddin, ketika ini, PKRC di Politeknik Port Dickson mampu menempatkan seramai 864 orang pesakit manakala seramai 694 orang pesakit di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.

Sementara itu, tambah Menteri Besar, selain tiga buah PKRC itu, terdapat tiga buah PKRC swasta yang sedang beroperasi termasuk sebuah PKRC yang dikendalikan untuk pesakit daripada pekerja sektor perkilangan yang terletak di Nilai dekat sini.

“Terdapat PKRC di hotel iaitu di Ancasa Residences, Port Dickson yang mempunyai 125 buah katil dan kini diisi 25 orang pesakit dan sebuah lagi di Klana Beach Resort, Port Dickson yang kini mempunyai 15 orang pesakit Covid-19,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya