Negara tidak perlu Mageran - Utusan Malaysia

Negara tidak perlu Mageran

WAN AHMAD WAN OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara tidak memerlukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti yang pernah diwujudkan pada tahun 1969.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan sedia ada boleh meneruskan  pelaksanaan segala program dan keputusan pentadbiran untuk memerangi pandemik Covid-19  seterusnya memulihkan ekonomi dan menyelamatkan kesusahan rakyat.  

Beliau berkata, pada tahun 1969, negara diancam krisis  keselamatan akibat daripada rusuhan perkauman 13 Mei, ketenteraman awam dan perpaduan kaum yang serius.  

Katanya, Proklamasi Darurat ketika ini boleh diguna pakai untuk membolehkan kerajaan memerangi  Covid-19 bagi membendung pandemik dan menyelamatkan nyawa rakyat.  

“Walau bagaimanapun, sudah lebih lima bulan di bawah Proklamasi Darurat,  Covid-19 tidak kelihatan berkurangan.  Yang positifnya, vaksin sudah tiba,  program vaksinasi sudah bermula dan sekarang merupakan fokus kerajaan yang  utama.  Insya-Allah lancar dan berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad berkata, dari sudut yang lain, negara tidak lagi perlu diletak  berterusan di bawah   pemerintahan darurat kerana tempoh tujuh bulan darurat kesihatan sudah mencukupi. 

Menurutnya, kuasa dan perundangan diperlukan untuk  melawan Covid-19 dan mengatur program-program  pemulihan ekonomi dan bantuan kepada rakyat untuk  dikuatkuasakan.

Beliau berkata, kerajaan hanya perlu ketegasan dan kejujuran untuk melaksanakan setiap keputusan dengan lancar dan berani.

“Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang demi untuk kebaikan negara dan  pemulihan suara  rakyat (di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) ialah  darurat  tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos dan Parlimen perlu dibuka untuk rakyat mendapat jawapan segala persoalan yang berkaitan penggunaan wang negara (wang rakyat) dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – untuk keselamatan kehidupan rakyat seterusnya.

” Yang paling utama  ialah kelancaran PICK supaya menjelang 2022, 80 peratus rakyat sudah menerima vaksin sebagai benteng mempertahankan diri mereka daripada  serangan bencana  Covid-19 yang akan datang, ” katanya.

Dalam sidang akhbar semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut menyenaraikan empat krisis yang dihadapi negara ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan Mageran.

Menurut Dr. Mahathir, Al-Sultan Abdullah tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan Mageran itu datangnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mageran 1969 pernah dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjaya menyelesaikan masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan, malah majlis itu juga menstabilkan politik dan ekonomi negara.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya