'Muhyiddin sama macam Najib' - Utusan Malaysia

‘Muhyiddin sama macam Najib’

sempadan
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad hairan kenapa beliau tidak ditawarkan sebarang jawatan tertentu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di awal pentadbirannya sebagai kerajaan awal tahun lalu. 

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin hanya memberi tawaran kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Beliau pada masa sama menyelar Muhyiddin yang tiada beza dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindak-tanduknya selama mentadbir negara melalui cara yang kotor. 

“Sebelum ini, beliau tiada sokongan majoriti, tetapi apabila dilantik menjadi perdana menteri, maka ramailah yang ditawarkan jawatan termasuk Maszlee dan Syed Saddiq. Saya entah macam mana tak ditawarkan jawatan. 

“Apabila Muhyiddin mengambil alih kerajaan, kita berikan masa kepadanya untuk menunjukkan apa caranya (mentadbir kerajaan). Kita dapati cara beliau sama dengan Najib iaitu menggunakan wang membeli sokongan memberi jawatan dengan gaji yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang menyokongnya. 

“Kadang-kadang menjadi menteri dan timbalan menteri, ini semua bukan kerana mentadbir negara tetapi untuk sokong perdana menteri. Tinggal lagi dia tak mencuri duit, tetapi menggunakan jawatan kerajaan dengan duit dibayar agar dapat sokongan,” katanya semasa sidang media secara dalam talian di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

Dr. Mahathir mengulas berhubung status pendaftaran parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang masih tergantung dan menyorot situasi yang pernah dihadapi Pakatan Harapan (PH) apabila pendaftarannya tidak dapat diproses oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semasa Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14). 

Untuk rekod, Najib mengetuai Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan sebelum digulingkan PH semasa pilihan raya umum pada 2018. 

Mengulas tentang tindakan lanjut jika Pejuang masih tidak didaftarkan walaupun melalui proses perbicaraan mahkamah yang terlalu panjang, Dr. Mahathir berkata partinya mempunyai beberapa strategi. 

“Kami ada rancangan B, C dan D tapi tak boleh beritahu kepada kamu (wartawan). Kami ada cara. Tapi yang menjadi persoalan ialah kenapa kami masih tak didaftar? Ini menyalahi undang-undang dan salah guna kuasa. 

“Mereka berhak mendaftarkan Pejuang dan hak kami untuk bergerak sebagai parti biasa. Kalau tak daftar, maknanya pilihan raya umum lebih kepada berat sebelah. Kerajaan sahaja boleh bertanding orang lain tak boleh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya