Minyak masak mahal, CAP bimbang harga makanan naik - Utusan Malaysia

Minyak masak mahal, CAP bimbang harga makanan naik

KENAIKAN harga minyak masak di pasaran ketika ini dibimbangi dijadikan alasan oleh peniaga untuk menaikkan harga makanan sekali gus menambah beban pengguna. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) yang berlaku ketika ini akan dijadikan alasan oleh peniaga makanan untuk menaikkan harga secara mendadak.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya khuatir sekiranya harga minyak masak tidak dikawal oleh kerajaan akan membebankan pengguna yang kini  sudah sedia terbeban ekoran pandemik Covid-19.

MOHIDEEN ABDUL KADER

Menurutnya, hasil tinjauan CAP di beberapa pasar raya besar dan kedai runcit di sini mendapati harga minyak masak botol bersaiz lima kilogram masih kekal tinggi iaitu lebih RM5 berbanding sebelum ini, malah ada dijual sehingga RM34.50.

“Dalam keadaan sekarang, pengguna sangat terbeban dengan kos sara hidup tinggi termasuk ramai kehilangan pendapatan ekoran wabak tersebut.

“Minyak masak adalah barangan keperluan harian dan CAP meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mencari kaedah agar kenaikan harga minyak masak dapat dibendung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Baru-baru ini media melaporkan rungutan pengguna terutama golongan peniaga apabila harga minyak masak lima kilogram mengalami peningkatan mendadak antara RM33 sehingga RM35 sebotol bergantung kepada jenama sejak bulan lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan kenaikan harga antara RM4 hingga RM7 itu membebankan pengguna terutamanya mereka yang mengusahakan perniagaan menjual makanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya