Minuman keras, rokok seludup bernilai RM4.5 juta dirampas - Utusan Malaysia

Minuman keras, rokok seludup bernilai RM4.5 juta dirampas

Minuman keras yang disembunyikan dalam kontena di sebuah premis di Kampung Limbanak, Penampang, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan peniaga menyorokkan minuman keras dan rokok seludup pelbagai jenama bernilai kira-kira RM4.5 juta berjaya dikesan dalam satu serbuan di Kampung Limbanak, Penampang, hari ini.

Dalam serbuan yang dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 Sabah menerusi Op Kontraban itu, empat lelaki berumur antara 22 hingga 34 tahun turut ditahan.

Komander Briged Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, serbuan ke atas premis itu adalah hasil risikan pasukan petugas khas Batalion 16 serta maklumat daripada orang awam yang diperoleh sejak April lalu.

“Ketika serbuan, anggota PGA menemukan pelbagai jenis minuman keras dan rokok seludup yang dianggarkan bernilai kira-kira RM4.5 juta dan disembunyikan dalam 10 buah kontena.

“Siasatan awal mendapati dua daripada suspek adalah warga tempatan manakala, dua lagi warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Keempat-empat suspek kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Kesemua barang rampasan akan dihantar ke stor berpusat IPD Kota Kinabalu setelah proses dokumentasi selesai.

Menurut, Mohd Abduh, semua suspek akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam dan Seksyen 55B Akta Imigresen  -UTIUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya