Menteri tolong periksa kenaikan harga minyak masak 5 kg - Young Syefura - Utusan Malaysia

Menteri tolong periksa kenaikan harga minyak masak 5 kg – Young Syefura

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial harga minyak masak 5 kilogram (kg) sudah mencecah RM30 ke atas. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, kenaikan ini adalah tidak munasabah memandangkan Malaysia adalah pengeluar minyak masak. 

Young Syefura mendakwa, pada April 2021, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga bagi minyak masak botol adalah tidak tetap dan berubah-berubah mengikut harga pasaran 

Sebab itu katanya kerajaan tidak memberikan subsidi dan ia dijual berdasarkan harga pasaran mengikut mekanisme pengapungan harga.

Kata beliau lagi menteri tersebut juga menyatakan,  kementerian memandang serius situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran kerana ia penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat. 

“Namun sejauh manakah “pandangan serius” yang beliau nyatakan jika harga minyak masak semakin hari semakin meningkat. Menteri juga tidak kelihatan turun padang meninjau keadaan semasa. Adakah beliau betul-betul serius dengan kenyataan beliau pada April lalu?, ” ujarnya. 

Menurut beliau rakyat kini sudah terbeban dengan kesan Covid-19. 

Ada kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan manakala yang mempunyai pendapatan pula sudah susut nilai apa yang mereka peroleh. 

Justeru beliau berharap rakyat tidak dibebani dengan peningkatan kos sara hidup

Kementerian pula sepatutnya peka dengan perkembangan harga semasa barangan di pasaran dan membendung masalah kenaikan harga. 

Oleh itu kementerian perlu menyiasat punca peningkatan harga bukan sahaja minyak masak tetapi beberapa barangan lain yang terlalu mendadak.

“Kementerian jangan menjadi pahat yang hanya bergerak apabila diketuk, “ujarnya. 

Apa yang penting kata beliau contohilah bekas menteri sebelum ini yang tidak segan silu turun ke lapangan untuk meninjau sendiri keadaan semasa. 

Untuk rekod, menteri yang menerajui KPDNHEP sebelum ini ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan ialah Datuk Saifuddin Nasution Ismail.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya