MCA Negeri Sembilan gesa kerajaaan negeri beli vaksin - Utusan Malaysia

MCA Negeri Sembilan gesa kerajaaan negeri beli vaksin

SIOW Koi Voon (tengah) dalam sidang akhbar di Wisma MCA, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan menggesa kerajaan negeri menggunakan 20 peratus daripada RM1.06 bilion rizab kewangan tahun lalu bagi membeli vaksin Covid-19 bagi mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri ini.

Pengerusinya, Siow Koi Voon berkata, cadangan itu dilihat bersesuaian sekali gus dapat mengurangkan kes penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat.

“Kami mencadangkan kerajaan negeri menggunakan sebanyak 20 peratus daripada RM1.06 bilion rizab kewangan tahun lalu bagi membeli dan mempercepatkan pemberian vaksin serta membantu penduduk di negeri ini mendapatkan vaksin dengan segera.

“Buat masa sekarang, ini adalah kecemasan dan jika rakyat sudah mati akibat Covid-19, ia langsung tidak berguna. Kami tidak mahu rakyat terbeban dan saya merayu untuk memastikan rakyat mendapat vaksin dengan cepat dan mestilah ia diberi secara percuma kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Wisma MCA Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Sehubungan itu, Koi Voon berharap kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan kerajaan Pusat bagi tujuan pembelian vaksin tersebut.

“Saya harap pihak kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menyegerakan pembelian dan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya