MB, Exco Terengganu sumbang sebulan gaji dalam Tabung Covid-19 - Utusan Malaysia

MB, Exco Terengganu sumbang sebulan gaji dalam Tabung Covid-19

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyumbangkan sebulan gaji mereka dalam Tabung Covid-19 Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi memberi nilai tambah ke arah mengurangkan impak sosioekonomi rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, penjawat awam juga akan turut sama menyumbang dalam tabung tersebut melalui potongan elaun masing-masing. 

“Saya menyeru agar semua rakyat Terengganu bersatu hati dalam tempoh kritikal ini kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat signifikan untuk mengatasi pandemik Covid-19 yang semakin serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melancarkan program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) secara bersasar membabitkan peruntukan RM200,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6. 4 juta.

Katanya, peruntukan itu akan diagihkan menerusi dua fasa di samping turut meluluskan penangguhan sewaan premis perniagaan milik kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selama dua bulan bermula Jun.

Menurutnya, penangguhan sewa itu tertakluk kepada premis perniagaan yang terkesan akibat PKP dan premis dengan kadar sewa tidak melebihi RM5,000 sebulan kecuali sewaan tapak menara telekomunikasi. 

“Peminjam Yayasan Terengganu yang berpendapatan bawah RM2,500 juga diberi pilihan untuk memohon moratorium selama tiga bulan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya