PETALING JAYA: Nama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dipercayai bakal mengisi kekosongan jawatan orang nombor dua dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pemilihan Mazlan bakal memegang jawatan itu bertambah kukuh apabila nama beliau dikatakan telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, bagaimanapun, tiada keputusan sama ada pemilihan itu telah dimuktamadkan atau dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak. “Nama beliau (Mazlan) telah dipersembahkan kepada Tuanku dan tunggu sahaja pengumuman rasmi mengenai perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya