Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan

Lokasi mayat mangsa yang dipercayai dibaham buaya ditemukan di Sungai Matamba Silabukan, Lahad Datu, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dekat sini semalam dengan sebahagian anggota badan mangsa hilang dipercayai dibaham buaya.

Lelaki berusia 34 tahun itu hilang apabila perahu dinaiki karam ketika sedang menangkap ketam di Sungai Matamba, Silabukan, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mayat mangsa ditemukan berhampiran perahunya pada pukul 6.04 petang semalam oleh orang kampung.

Beliau berkata, laporan mengenai insiden lelaki hilang itu diterima pada pukul 11.50 malam Sabtu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada keesokan harinya.

Operasi SAR oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam diadakan bermula pada Ahad berdekatan lokasi perahu mangsa terbalik.

“Kawasan pencarian meliputi kawasan seluas hampir 25 kilometer namun, mangsa masih gagal ditemukan.

“Operasi SAR itu turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tapi, tiada tanda-tanda positif mangsa akan ditemukan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada pukul 2.10 petang berikutan cuaca yang tidak mengizinkan.

Tambah Sumsoa, selepas mayat mangsa ditemukan, anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya