Maritim bantu pindah kru kapal alami sakit jantung - Utusan Malaysia

Maritim bantu pindah kru kapal alami sakit jantung

Kru kapal yang mengalami serangan jantung berjaya dipindahkan ke jeti Zon Maritim Labuan sebelum dibawa ke Hospital Labuan semalam-Ihsan Maritim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Seorang kru kapal Perdana Liberty yang berdepan detik cemas kerana diserang sakit jantung berjaya dipindahkan dari kawasan berhampiran Pulau Papan ke Hospital Labuan pada 8 malam, semalam.

Operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) itu dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, pusat operasi Zon Maritim Labuan menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Kawalan Pelabuhan Labuan mengenai kru kapal yang mengalami serangan jantung di atas sebuah kapal yang bersauh berhampiran Pulau Papan.

Untuk itu, sebuah bot kilat 40 telah diatur gerak ke lokasi  bagi memindahkan mangsa dari kapal ke jeti Zon Maritim Labuan.

“Setibanya di jeti, mangsa diberikan rawatan awal oleh pembantu perubatan serta petugas ambulans sebelum dibawa ke Hospital Labuan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nudin berkata, selain penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia, pihaknya turut bertanggungjawab memastikan keselamatan orang ramai ketika melakukan aktiviti di laut.

Beliau juga menyarankan komuniti maritim untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan  maklumat kecemasan atau pelanggaran undang-undang yang berlaku dalam perairan Labuan kepada Pusat Operasi Maritim Labuan di talian 087-428008 atau MERS 999.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya