Mangsa kebakaran meninggal dunia empat hari selepas isteri - Utusan Malaysia

Mangsa kebakaran meninggal dunia empat hari selepas isteri

ZAILAH Jusoh menyiram air mawar pada pusara bapanya, Jusoh Muda di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama, Cabang Tiga di Kuala Terengganu hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas empat hari pemergian isterinya dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Su pada Isnin lalu, hari ini, Jusoh Muda, 83, yang turut melecur pada badan dan kaki pula meninggal dunia.

Jusoh menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi organ dalaman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pada pukul 6.31 pagi.

Anaknya, Zailah Jusoh, 47, berkata, tekanan darah bapanya menurun selepas selesai menjalani pembedahan pada badan dan kaki yang melecur, petang semalam.

“Ayah cuma ada darah tinggi, tetapi, selepas kebakaran itu paru-paru dan buah pinggangnya bermasalah.

“Saya dan keluarga dimaklumkan yang ayah tenat kira-kira pukul 6 pagi ini dan kami anak cucu sempat membuat panggilan video beramai-ramai dan membaca Yasin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah Jusoh selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Makam Lama, Cabang Tuga berhampiran pusara arwah isterinya, Fatimah Mohd, 79.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin lalu, Fatimah tidak sempat menyelamatkan diri kerana pergerakannya yang terbatas dan ditemukan tertiarap di bawah runtuhan rumahnya selepas kebakaran dapat dipadamkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya