Malaysia mungkin hantar 4,000 bakal jemaah haji - Utusan Malaysia

Malaysia mungkin hantar 4,000 bakal jemaah haji

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4,000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah fardu itu pada musim ini.

Bayangan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 malam ini.

“Alhamdulillah, setakat ini, pihak Tabung Haji sudah menyenaraikan 4,000 orang untuk layak menerima vaksin Covid-19 dan dijangka pergi ke Tanah Suci dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya moderator, Ahmad Shukri Yusoff yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pada program berkenaan.

Forum bertajuk ‘Takut Allah atau Takut Covid-19 itu turut mencipta kelainan apabila dimulakan bacaan surah Yasin dipimpin Ahmad Tirmizi Ali dan disertai oleh kesemua mufti secara maya.

Malaysia pada tahun lalu tidak dapat menghantar bakal jemaah haji ekoran penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Sebaliknya, negara itu hanya membenarkan 10,000 penduduk termasuk warga asing menetap di Arab Saudi sama ada bekerja atau belajar untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima itu.

Bagaimanapun, media antarabangsa awal bulan ini melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mungkin memberi kebenaran sebanyak 60,000 jemaah dari luar negara pada musim kali ini.

Zulkifli sebelum itu memberi bayangan kebarangkalian Tabung Haji tidak dapat menghantar 31,600 bakal jemaah pada kali ini disebabkan pelbagai syarat ketat ekoran wabak Covid-19 masih belum reda.

“Barang kali, kuota untuk setiap negara dikurangkan, cuma, saya belum lagi dapat makluman muktamad dari Arab Saudi, tetapi, insya-Allah, akan diberitahu dalam masa terdekat,” katanya.

Justeru, beliau berharap bakal jemaah sudah divaksin agar bersiap sedia kerana Arab Saudi dijangka menambah protokol kesihatan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat.

Ini termasuk hanya membenarkan jemaah cukup sihat dalam usia antara 18 hingga 60 tahun selain telah menerima imunisasi sama ada vaksin jenis Pfizer atau AstraZeneca sahaja.

Beberapa negara kemungkinan tidak menghantar jemaah haji mereka ke tanah suci bulan depan antaranya Indonesia dan Singapura atas faktor kebimbangan penularan lebih dahsyat wabak tersebut.

“Saya menaruh keyakinan Malaysia tidak akan menangguhkan penghantaran jemaah seperti tahun lalu dan berharap supaya ada juga dihantar walaupun sedikit bilangannya,” kata Zulkifli. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya