Majikan perindustrian ingkar dikenakan tindakan mulai esok - Utusan Malaysia

Majikan perindustrian ingkar dikenakan tindakan mulai esok

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula esok, setiap majikan perindustrian yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sekatan pergerakan penuh sehingga 28 Jun ini akan dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana pematuhan SOP perlu dipatuhi dan tidak hanya terletak kepada pemantauan penguat kuasa setiap hari.

Malah, katanya, hal itu juga merupakan tanggungjawab bersama tanpa perlu ditegur oleh kerajaan setiap masa.

“Kepada semua majikan, tidak ada kemaafan lagi, hari ini adalah hari terakhir dan saya mahu semua majikan jika anda rasa bersalah ingkar operasi, tutup segera aktiviti anda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Segambut, dekat sini, hari ini.

Yang hadir sama dalam lawatan itu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau bersama Saravanan membuat pemantauan mengejut di dua buah kilang perindustrian di Kajang dan Segambut bagi memastikan pematuhan SOP oleh majikan seperti disyaratkan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara.

Hamzah juga meminta semua majikan yang dibenarkan beroperasi untuk memeriksa semula kelulusan yang diterima dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Jika majikan merasakan telah melakukan kesalahan mengingkari SOP dan menyalahgunakan kebenaran beroperasi itu, lebih baik tutup segera operasi anda mulai hari ini,” ujarnya.

“Kalau dia (majikan) rasa betul boleh beroperasi, ikutlah SOP kalau 60 peratus dibenarkan maka ikut syarat itu secara serius dan kalau beroperasi mengikut hari bergilir-gilir juga mesti ikut kalau tidak tindakan maksimum tanpa kompromi akan menyusul,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya