MAIPs agih RM5.45 juta bantu asnaf terjejas - Utusan Malaysia

MAIPs agih RM5.45 juta bantu asnaf terjejas

MOHD. NAZIM MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan sebanyak RM5,453,700 bagi membantu golongan asnaf terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan yang diamanahkan oleh para penyumbang zakat melalui MAIPs yang telah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, seramai 18,179 asnaf terdiri daripada para penerima bantuan sara hidup berkala dan bantuan sara hidup bulanan layak menerima bantuan baharu tersebut.

Katanya, bantuan tersebut adalah membantu meringankan beban mereka yang layak dan terkesan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sumbangan terbabit akan diagihkan secara berperingkat bermula 11 sehingga 13 Jun.

“Kesemua mereka akan menerima RM300 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bagi mempercepatkan penyaluran sumbangan sekali gus meminimakan proses penyaluran secara fizikal.

“MAIPs berharap para penerima dapat merancang masa serta mengutamakan keselamatan diri masing-masing ketika mengambil sumbangan berkenaan di mesin pengeluaran automatik (ATM) atau kaunter urusan di bank selain perlu mematuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh membuat semakan nama yang tersenarai melalui laman portal rasmi MAIPs di www.maips.gov.my atau melalui pautan http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/ untuk mengetahui kaedah penyaluran sumbangan berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya