Mageran, Jajaran Harapan hanya agenda tubuh kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Mageran, Jajaran Harapan hanya agenda tubuh kerajaan baharu

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelbagai istilah baharu yang muncul ketika ini seperti Jajaran Harapan atau ‘Khemah Besar’ hanyalah usaha mencetus dan membentuk gabungan baharu bagi merealisasikan usaha sesetengah pihak membentuk kerajaan mengikut acuan mereka.

Ujar Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan tentang penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) juga dipercayai sebagai usaha untuk memastikan beliau kembali memimpin negara.

Katanya, cadangan itu dikemukakan Dr. Mahathir ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini.

“Telitilah sejarah yang telah kita lalui, jangan ulangi kesilapan yang akhirnya membawa rebah oleh mereka yang ada agenda tersembunyi seperti kata pepatah sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan Mageran bagi menangani masalah dalam negara ketika ini termasuklah sebagai usaha kerajaan melawan pandemik Covid-19.

Khairul Faizi berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk hari ini sudah cukup baik kerana merupakan hasil kesinambungan penyatuan ummah yang digagaskan UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

“Penyatuan itu bertambah kukuh apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan mereka untuk turut sama menyahut seruan penyatuan ummah.

“Ini berbeza dengan tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan ditunjangi DAP kerana telah membuktikan kerakusan mereka merobek kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, Pilihan Raya Umum (PRU) lalu merupakan satu titik tolak besar politik tanah air sejak ia mula diadakan pada 1955 bagi membentuk kerajaan perikatan yang ditunjangi UMNO, MCA dan MIC pada 1957 sebelum mereka dijatuhkan PH pada tahun 2018.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya