Luang masa PKP buat kebun mini - Utusan Malaysia

Luang masa PKP buat kebun mini

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat negeri ini mengambil kesempatan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan aktiviti bermanfaat seperti menukar halaman rumah kepada kebun mini.

Titah baginda, masa terluang hendaklah digunakan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan rumah, menghiasi landskap dengan lebih ceria, aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dan sebagainya.

“Tidak kurang penting juga ialah aktiviti penanaman yang boleh dilaksanakan seperti sayuran, bunga mahupun buah. Ruang sekitar rumah sedia ada yang selama ini terbiar atau tidak diurus dengan baik boleh digantikan dengan aktiviti penanaman sayuran, buah atau bunga itu.

“Penanaman boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah sama ada di atas tanah, polibeg mahupun secara hidroponik. Antara sayuran yang boleh ditanam dalam jangka masa pendek adalah seperti sawi, cili, bayam, serai, pandan dan bermacam lagi.

“Bagi pokok buah seperti harumanis Perlis, mangga-mangga jenis lain, dokong, duku serta rambutan pula boleh ditanam bergantung kepada saiz dan ruang yang ada,” titah baginda di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selain tanaman baharu, aktiviti pangkasan dan cantasan boleh dibuat bagi pokok sedia ada untuk menggalakkan pertumbuhan pokok lebih baik.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JPS) negeri, Azman Shah Ismail pula mengajak masyarakat terus mempraktikan amalan ‘Perlis hebat rakyat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan’ seperti yang sentiasa diingatkan oleh Raja Muda Perlis.

“inisiatif dan kreativiti yang boleh dibuat dengan sumber yang ada di sekeliling seperti baja dan racun yang boleh digunakan daripada sumber dapur seperti sisa kulit telur, bilis, ikan, sabun pencuci tangan dan pelbagai lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya