KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memperakukan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-2025 berteraskan lima matlamat strategik untuk memperkukuh daya tahan sistem makanan negara.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan satu dalam satu kenyataan berkata, lima teras utama iaitu memperluaskan penggunaan teknologi dan pemerkasaan kajian dan penyelidikan, memperkasakan data sekuriti makanan, memperluaskan kerjasama strategik dan mengukuhkan tadbir urus jabatan dan agensi.
Kata kenyataan itu lagi, pelan tindakan itu menumpukan empat dimensi sekuriti makanan iaitu ketersediaan, akses penggunaan serta kestabilan dan kemampanan seiring dengan dimensi sekuriti makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bangsa-Bang Bersatu (PBB).
Malah, pelaksanaan pelan tindakan yang dipacu menerusi 15 strategi dan 96 inisiatif merentasi agensi dan kementerian dijangka menyumbang kepada pelbagai hasil yang disasarkan.
“Antaranya keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan di pasaran, meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik selain mengurangkan kebergantungan kepada makanan dan guna tenaga asing.
“Pelan tindakan ini turut memaparkan aspirasi keseluruhan masyarakat yang didukung oleh kerajaan menerusi galakan kepada pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan negeri dan rakyat untuk turut serta menyahut usaha memperkukuh sekuriti makanan segera,” katanya di sini hari ini.
Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Segera (FSCC) Kali Ke-2 Bilangan 1 Tahun 2021 secara sidang video semalam (8 Jun) dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, kementerian tersebut berkata, mesyuarat juga bersetuju mengenai langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti import dan transit produk haiwan serta startegi termasuk operasi bersepadu bagi memantau dan mengawal aktiviti pengimportan daging bermula dari pintu masuk sehingga ke peringkat runcit.
“Mesyuarat juga bersetuju mekanisme baharu bagi menangani isu kekurangan bekalan dan memastikan harga bawang di negara ini menjadi lebih stabil,” katanya lagi.
Dalam pada itu, kerajaan turut membentangkan kertas makluman berkenaan status pelaksanaan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) melibatkan pemain industri sendiri dalam meningkatkan produktiviti industri padi negara dan prestasi negara dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2020.
Program berkenaan dijangka akan membantu negara mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras yang telah ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebanyak 75 peratus.
“Secara keseluruhan, prestasi sekuriti makanan berada dalam kedudukan yang baik. Inisiatif-inisiatif yang digariskan dalam pelan tindakan ini turut mengambil kira analisis terhadap sekuriti makanan negara berdasarkan GFSI,” katanya. – UTUSAN ONLINE