Lelaki kekal catat kematian tertinggi Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki kekal catat kematian tertinggi Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kematian akibat Covid-19 iaitu 72 kes berbanding semalam 60 kes dengan sebanyak 64,523 kes aktif. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi di 23 kes, 15 kes di Kuala Lumpur, tujuh kes di Negeri Sembilan, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga kes di Labuan, masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak, Melaka dan Kedah.

“Seramai 46 lelaki termasuk tujuh warga asing dan 26 wanita termasuk satu warga asing berusia antara 29 hingga 90 tahun melibatkan 37 warga emas  dan 18 kes tiada latar belakang penyakit. 

“Baki 54 kes mempunyai penyakit seperti kencing manis, dislipidemia, jantung, kanser, asma, obesiti, strok, buah pinggang, paru-paru kronik dan hepatitis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,918 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,911 kes.

Kataya sebanyak 886 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 441 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,111 kes diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204) dan Sabah (201).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (3) manakala Perlis, sifar kes,” katanya. 

Mengulas mengenai 24 kluster baharu, beliau berkata, 12 kluster tempat kerja, tujuh komuniti, empat pusat tahanan dan satu kumpulan berisiko tinggi. 

Kluster tempat kerja katanya, Tapak Bina Perdagangan Dana di Petaling, Selangor (324), Jalan Tujuh Selatan Dua di Sepang, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Selangor (50), Tanjung Bin Dua di Pontian, Johor (46), Industri Jalan P1 Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin, Melaka (32) dan Jalan Kenyalang di Johor Bharu, Johor (28). 

“Bakinya, Dah Industri Jabi di Kota Setar (26), Industri Jalan Dua di Gombak, Hulu Langat, Petaling, Selangor (22), Jalan Kempas Lima di Johor Bahru, Kluang, Johor (16), Tapak Bina Jalan Perumahan Gurney di Titiwangsa, Kuala Lumpur (16), Industri Alam Jaya 2/1 di Kuala Selangor, Klang, Selangor (13), Jalan Vita Dua di Sepang, Selangor (11) dan Selindang di Lipis, Pahang (9).

“Tujuh kluster komuniti, Taman Merbau Utama di Pasir Puteh, Kota Bahru, Kelantan (41), Kampung Bedal Kuala Krai, Kelantan (35), Mongkos 2 di Tebedu, Kuching, Sarawak (22), Jalan Tengah di Mersing, Johor (22), Sungai Banun di Meradong, Sarawak (20), Tebakang Dayak di Serian, Sarawak (18) dan Taman Damai di Machang, Jeli, Kelantan (6),” katanya. 

Tambahnya, empat pusat tahanan pula, Tembok Mantin di Seramban, Negeri Sembilan (101), Tembok Labuan di  Labuan (483), Tembok Kluang di Kluang, Johor (281) dan Tembok Machang di Machang, Kelantan (21). 

“Hanya satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Dah Tiong di Kuala Muda, Kedah (29),” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya