Lelaki ditahan lakukan amang seksual dua beradik - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan lakukan amang seksual dua beradik

ANUAR OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kakitangan pusat jagaan anak-anak yatim di sini ditahan Jumaat lalu kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua beradik lelaki berusia 13 dan 10 tahun.

Suspek berusia 35 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di beberapa lokasi termasuk di Cameron Highlands sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas dua beradik itu memaklumkan kepada bapa saudara mereka yang kemudian membuat laporan polis.

Katanya, mangsa memberitahu kali pertama mereka dicabul dan cuba diliwat ketika mengikut suspek bercuti ke Cameron Highlands bersama dua rakan lain selama sebulan pada awal November 2020.

“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek berulang kali di beberapa tempat termasuk di Tanah Rata Cameron Highlands, rumah suspek dan bangunan lama pusat jagaan anak-anak yatim itu serta di asrama.

“Dua beradik tersebut tidak pernah menceritakan perlakuan suspek kepada sesiapa kecuali bapa saudara mereka yang mengesan perubahan sikap dan emosi kanak-kanak itu ketika mereka pulang bercuti di rumahnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lelaki berusia 45 tahun itu memaklumkan, dua anak saudaranya itu tidak tinggal di pusat jagaan tersebut sebaliknya dibawa balik ke rumah suspek di Taman Margosa, Bandar Seri Botani.

Bagaimanapun, katanya, bapa saudara mangsa hanya mengetahui perkara itu selepas dihubungi seorang kakitangan pusat jagaan tersebut pada 11 April lalu.

“Lelaki itu ada berjumpa suspek untuk bertanyakan perkara tersebut, namun, memaklumkan yang anak saudaranya telah dihasut untuk menyatakan pusat jagaan berkenaan bercampur lelaki dan perempuan,” katanya.

Tambah beliau, ekoran laporan polis dibuat bapa saudara kanak-kanak itu, kedua-dua mangsa telah dibawa untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan kepada pihak polis dan direman sejak Sabtu lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya