Lelaki didakwa buat hantaran maklumat palsu di Facebook - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa buat hantaran maklumat palsu di Facebook

Encorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini di atas pertuduhan membuat hantaran maklumat palsu di media sosial berkaitan dakwaan kehilangan jongkong emas kira-kira 220 kilogram di Kuil Sri Mahamariamman Dhevasthanam Batu Caves, tahun lalu.

Tertuduh, D. Arumugam, 51, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menggunakan perkhidmatan Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada pukul 4.27 petang, 6 Februari 2020.

Hantaran itu kemudian dibaca pada 23 Februari 2020 pukul 9 pagi di Pejabat Kuil Batu Caves, Gombak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, R. Thanaletchimy, 63, dituduh di bawah sesyen sama dengan wanita itu didakwa memulakan penghantaran komunikasi mengancam sifatnya kepada satu kumpulan Whatsapp di dalam Bahasa Tamil dengan niat untuk menyakitkan orang pada pukul 2.27 petang, 11 Februari tahun lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan penjamin sementara tarikh sebutan pada 1 Julai ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam N. Rajesh dan B. Arun Ganesh.=- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya