PADANG TERAP: Lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung di Kuala Nerang di sini mendakwa terpaksa menggunakan air keruh bagi keperluan harian mereka selepas kolam tadahan air bukit di Taman Eko Rimba (TER) Puncak Janing di sini tercemar sejak sebulan lalu. Penduduk di tiga kampung terbabit iaitu Kampung Pasir Putih, Kampung Tengah dan Kampung Baru mendakwa, pencemaran air tersebut berlaku akibat aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama di kawasan Hutan Simpan Lipur Bukit Perangin. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jalan balak lama itu juga terletak berhampiran aliran anak sungai yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya