Lagi 109 korban Covid-19 - Utusan Malaysia

Lagi 109 korban Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 7,000 kes walaupun terdapat sedikit penurunan iaitu 7,452 kes berbanding semalam, 7,748 kes.

Ia sekali gus mengatasi 6,105 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 109 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 85,607 kes berbanding semalam, 84,369 kes.

Katanya, sebanyak 886 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor, Negeri Sembilan merekodkan 843 kes diikuti Kuala Lumpur (678), Sarawak (651), Johor (412), Pulau Pinang (370), Kelantan (312), Pahang (286), Kedah (263), Sabah (259), Perak (252), Melaka (206), Labuan (205) dan Terengganu (190).

“Putrajaya terus kekal merekodkan kes dua angka yang rendah iaitu 12 kes manakala
Perlis, empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya