Kurangkan kerenah birokrasi licinkan penyaluran peruntukan RM 1 bilion - Utusan Malaysia

Kurangkan kerenah birokrasi licinkan penyaluran peruntukan RM 1 bilion

TMABAHAN RM 1 bilion untuk sektor kesihatan sangat tepat pada masanya. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tambahan peruntukan RM1 bilion untuk sektor kesihatan seperti yang diumumkan dalam pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) baru-baru inin mendapat pujian daripada pakar-pakar kesihatan.

Namun begitu meskipun menghargai keprihatinan kerajaan yang peka dengan keperluan semasa  mereka berpendapat beberapa perkara lain sepatutnya mendapat perhatian kerajaan bagi  membendung penularan wabak Covid-19.

Bercakap dengan Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr. Kuljit Singh berkata, pemberian pakej bantuan tersebut patut dipuji tetapi harus dipantau rapat supaya tiada ruang birokrasi yang boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk membantu rakyat.

“Peruntukan bagi sektor kesihatan itu adalah sangat tepat dan kena pada masanya kerana peningkatan kes penularan wabak Covid-19 dalam negara sudah berada dalam keadaan kritikal.

“Hospital swasta sedia untuk membantu dan merawat pesakit Covid-19 namun prosedur pemindahan pesakit sering mengambil masa kerana memerlukan surat perjanjian kerjasama (MOU). Ini menyebabkan usaha kerajaan untuk memudahkan rakyat kurang berhasil,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru -baru ini mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus yang antara lain memperuntukkan RM1 bilion bagi memperkukuhkan kesihatan dan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan Covid-19.

Ia bukan sahaja bagi hospital seliaan Kementerian Kesihatan tetapi juga di hospital pengajar universiti awam seperti UiTM, UPM, UKM dan USM serta hospital medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak selain penyumberan luar (out sourcing) kepada hospital swasta.

Bagi Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, kerajaan juga harus menyediakan peruntukan untuk pencegahan penyakit-penyakit lain yang juga penting untuk dibendung ketika pandemik ini.

“Langkah kerajaan untuk menambahkan peruntukan dalam mengukuhkan sektor kesihatan negara sememangnya boleh dipuji namun harus diingatkan juga bahawa penyakit lain selain Covid-19 juga memerlukan peruntukan supaya boleh dikawal.

“Dalam keadaan seperti sekarang, kita harus pastikan kesihatan rakyat Malaysia terus terjamin supaya mereka dapat dielakkan daripada dimasukkan ke hospital yang ketika ini merupakan tempat berisiko untuk jangkitan Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya