Kurang 20 peratus PKS bumiputera dibantu - Utusan Malaysia

Kurang 20 peratus PKS bumiputera dibantu

AMIR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil kajian ke atas peniaga atom, mikro, kecil dan sederhana bumiputera mengenai bantuan yang diterima kalangan berkenaan tidak mencapai 20 peratus daripada jumlah bantuan yang diberikan.

Dalam satu sidang akhbar menerusi aplikasi Zoom, Setiausaha Agung Dewan Peniaga Melayu Malaysia (DPMM), Amir Hamzah berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati PKS bumiputera lebih terjejas berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu.

“Ini amat membimbangkan kerana bilangan PAMKS Melayu & Bumiputera adalah melebihi 70 peratus daripada bilangan PKS iaitu seramai 1.2 juta, malah, ada industri tertentu berterusan tercicir. Ini adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua pemegang taruh.

“Atas hakikat ini, kajian telah dilaksanakan oleh DPMM bagi mengenal pasti kedudukan PKS yang sedang menghadapi sekatan pergerakan penuh ini. Hasil kajian yang dibentangkan memberikan gambaran lebih buruk berbanding dengan hasil kajian yang dilakukan pada PKP 1.0 serta 2.0 yang lalu,” katanya dalam sidang akhbar secara maya itu.

Tambah Amir, bantuan kerajaan kepada komuniti peniaga masih rendah memandangkan ramai rakyat Malaysia yang terpaksa mengeluarkan simpanan mereka daripada akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, jumlah bantuan yang diberikan adalah RM340 bilion dengan RM55 bilion dalam bentuk suntikan fiskal. Secara perbandingan, jumlah penggunaan dana hari tua oleh rakyat sendiri melalui i-Sinar dan i-Lestari telahpun melebihi RM78 bilion setakat 11 Mei laluyang melibatkan 6.29 juta pencarum KWSP.

“Jelas disini bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan masih rendah berbanding dengan usaha rakyat membantu diri mereka sendiri,” katanya..
Lebih ramai peniaga dijangka akan gulung tikar dalam tempoh dua bulan dari sekarang jika pihak kerajaan tidak menambah baik pelan bantuan kewangan khususnya untuk golongan itu.

“Ketika ini kita masih belum ada data untuk berapa ramai peniaga kecil yang sudah gulung tikar tetapi kebiasaannya peniaga hanya boleh bertahan untuk dua bulan tanpa untung. Jadi, dalam Ogos nanti lebih ramai peniaga kecil dijangka gulung tikar.

“Lebih 90 peratus setuju supaya kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di kawasan tertentu, tetapi, mahu kerajaan serius membanteras wabak ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya