KPT cadang tambah 19 PPV di IPT - Utusan Malaysia

KPT cadang tambah 19 PPV di IPT

NORAINI (tengah) membantu warga emas yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin di PPV UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bercadang untuk menambah 19 Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, cadangan itu dibuat supaya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dijalankan lebih cepat.

“Kita mencadangkan untuk membuka sehingga 36 PPV di bawah IPT tapi yang diluluskan setakat ini cuma tiga sahaja. Ini kerana kita perlu melihat sama ada tempat yang dicadangkan ini adalah kondusif atau tidak.

“Selain itu, tempat-tempat ini juga akan diperhalusi untuk dibincangkan bersama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF),” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat PPV IPT Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Noraini memaklumkan tiga PPV IPT iaitu di UiTM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (@AmDI) USM dibuka seawal hari ini.

Menurutnya, PPV di UiTM dijalankan di Dewan Berlian mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu masa.

Sementara itu, mengulas mengenai PPV di UiTM, Noraini berkata, selain merupakan tempat pemberian vaksin, UiTM juga akan menjalankan perkhidmatan pemberian vaksin secara pandu lalu dalam tempoh dua minggu lagi.

Jelasnya, dengan pengenalan perkhidmatan ini, proses suntikan vaksin dapat dijalankan lebih cepat.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan UiTM bagi memberi keselesaan kepada penerima vaksin di pusat berkenaan.

“Selain mempunyai bilik pemantauan dan ruangan menunggu yang luas, Dewan Berlian mempunyai kemudahan kawasan parkir yang mampu memuatkan 300 buah kenderaan dalam satu masa,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya