Konkrit lebuh raya runtuh, nyaris menimpa pekerja - Utusan Malaysia

Konkrit lebuh raya runtuh, nyaris menimpa pekerja

KONKRIT yang runtuh di NKVE semasa kerja kerja pembinaan dijalankan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua lelaki warga Bangladesh nyaris ditimpa konkrit lebuh raya yang runtuh sedang dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 malam tadi, dua mangsa tersebut bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian, dua mangsa terbabit yang berusia 20 dan 40-an itu sedang melakukan kerja-kerja di bawah lebuh raya berkenaan yang sedang dalam pembinaan.

Kerja-kerja menyelamat dijalankan anggota Bomba dan Penyelamat

Bagaimanapun, kata beliau, konkrit yang dalam pembinaan dengan ketinggian 12 meter itu terjatuh.

“Disebabkan kejadian itu, mereka hanya mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan konkrit.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh dekat sini menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norazam, operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 7.34 malam tadi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya