Komitmen Ismail Sabri redakan krisis politik - penganalisis politik - Utusan Malaysia

Komitmen Ismail Sabri redakan krisis politik – penganalisis politik

ACHMAD DZARIEAN MOHD. NADZRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Komitmen Datuk Seri Ismail Sabri bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Parlimen bersidang semula boleh meredakan suhu politik negara ketika UMNO berdepan krisis kepercayaan antara pemimpin ketika ini.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri berkata, perakuan sedemikian yang diwakili Naib Presiden UMNO itu merupakan satu langkah baik dan terpuji dan tindakan tepat, bertanggungjawab dan responsif dari kepimpinan tertinggi UMNO untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Beliau turut berkeyakinan tindakan sama juga akan dilakukan menteri-menteri Kabinet yang lain untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bagi menamatkan pandemik, sekali gus menaikkan imej parti itu di mata rakyat sebagai satu contoh teladan pemimpin UMNO yang baik.

“Kenyataan Ismail Sabri dan ahli Parlimen BN yang lain itu merupakan tindakan tepat bagi UMNO untuk terus memberikan komitmen terutama mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet bersama kerajaan dalam menangani pandemik.

“Ini adalah satu langkah baik dan terpuji dan kita sedar bahawa keadaan UMNO sejak dua tiga hari ini sedang berhadapan krisis dengan kenyataan daripada Presiden sendiri bahawa Parlimen perlu bersidang 14 hari selepas notis dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Achmad Dzariean, kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu telah mencetuskan reaksi berbeza daripada pemimpin UMNO lain terutama daripada Ismail Sabri sendiri yang agak terkejut dengan keputusan sedemikian.

Katanya, Ismail Sabri turut menyatakan bahawa perkara itu langsung tidak dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi, tetapi seolah-olah diputuskan lebih awal oleh Presiden.

“UMNO juga sedang berhadapan krisis apabila pendedahan daripada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan bahawa terdapat usaha menaikkkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang mana terdapat penglibatan ahli Parlimen UMNO menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR itu.

“Satu lagi krisis pula timbul berikutan pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa beliau individu bertangungjawab dalam mengumpulkan tandatangan SD ahli Parlimen BN memberi sokongan terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekiranya dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya