Kluster Jalan Pasar: Jumlah positif bertambah kepada 17 orang - Utusan Malaysia

Kluster Jalan Pasar: Jumlah positif bertambah kepada 17 orang

ROZALI Mohamud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Jumlah individu yang disahkan positif di bawah Kluster Jalan Pasar di sini kini bertambah kepada tujuh orang berbanding kelmarin sekali gus menjadikan jumlah terkini dijangkiti Covid-19 di situ mencecah 17 orang sehingga semalam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, sehingga semalam juga seramai 164 individu disaring dengan 139 disahkan negatif manakala lapan lagi masih menunggu keputusan ujian.

Katanya, ketika ini seramai 265 peniaga berlesen serta 130 peniaga di luar pasar tanpa lesen telah diberikan notis untuk melakukan ujian ‘swab’ dengan segera.

“Mana-mana peniaga yang enggan berbuat demikian tidak akan dibenarkan berniaga dan lesen mereka juga akan ditarik balik selain boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) kerana mengingkari arahan Pegawai Diberi Kuasa (PDK) di bawah Seksyen 22(b), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara selama dua tahun bagi kesalahan pertama atau denda yang setara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengadakan pemeriksaan mengejut di Pasar Awam Bukit Mertajam di sini.

Pasar awam berkenaan ditutup sejak 31 Mei lalu susulan tiga kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga di situ.

Ekoran itu.Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengisytiharkan lokasi Pasar Awam Bukit Mertajam itu sebagai satu kluster baharu yang dinamakan Kluster Jalan Pasar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya