Ketepi ideologi politik semasa sidang DUN dibuka - Utusan Malaysia

Ketepi ideologi politik semasa sidang DUN dibuka

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta untuk mengenepikan ideologi politik masing-masing apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka pada masa terdekat ini.

Pembukaan sidang DUN ini penting bagi membolehkan isu-isu berkaitan pandemik Covid-19 dapat ditangani sebaiknya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, persidangan DUN akan dibuka semula sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan untuk segera membuka sidang Parlimen.

Beliau berkata, persidangan DUN akan memberi peluang kepada semua wakil rakyat membahaskan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dengan mengenepikan idelologi politik bagi mencari jalan keluar daripada krisis yang dihadapi ketika ini.

Menteri Kerja Raya merangkap ADUN Lamag ini berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa mengalu-alukan pandangan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bagi menangani pandemik Covid-19 serta isu-isu lain seperti pembangunan dan ekonomi yang terjejas akibat pandemik ini.

“Saya bersetuju agar sidang DUN Sabah diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi membolehkan ADUN berbincang dan membahaskan pelbagai isu terutama berkaitan penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bung Moktar, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ini berkata, kerajaan GRS merupakan kerajaan yang bertoleransi dan bersedia menerima pandangan daripada semua pihak termasuk pembangkang.

Persidangan terakhir DUN Sabah adalah pada Disember 2020.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya