PETALING JAYA: Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penunruna semula apabila 5,911 kes dicatatkan hari ini dengan Selangor masih berada di tangga teratas berbanding 6440 kes semalam.
Kementerian Kesihatan memaklumkan, negeri itu mencatatkan 2,111 jumlah kes baharu positif Covid-19 diikuti Negeri Sembilan dengan 770 kes; Sarawak, 569 kes dan Johor 498 kes.
Selain itu, Kuala Lumpur mencatatkan 483 kes manakala Kelantan dengan 223 kes; Kedah (204 kes); Sabah (201 kes); Melaka (134 kes); Labuan (185 kes); Pulau Pinang (167 kes); Perak (245 kes); Pahang (56 kes); Terengganu (62 kes); Perlis (0 kes) dan Putrajaya (3 kes).-UTUSAN ONLINE-