Kes keracunan makanan di Malaysia menurun tahun lalu - Utusan Malaysia

Kes keracunan makanan di Malaysia menurun tahun lalu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kes keracunan makanan pada tahun lalu dilaporkan menurun sehingga 44.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun lalu, negara merekodkan 288 kejadian keracunan makanan berbanding 516 kes pada tahun 2019.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada tahun lalu, negara bagaimanapun dikejutkan dengan isu kejadian keracunan makanan serius sehingga membawa kematian.

Beliau berkata, antara kejadian keracunan makanan yang berlaku disyaki berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian.

“Walaupun situasi kejadian keracunan makanan di Malaysia masih terkawal, KKM memandang serius mengenai kejadian kes keracunan makanan.

“Ini menunjukkan bahawa soal keselamatan dan kebersihan makanan tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi kenyataan akhbar sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut hari ini.

Katanya, walaupun negara kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19, KKM tetap memastikan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan terhadap tahap kebersihan premis makanan.

Noor Hisham berkata, sebanyak 66,210 premis negara telah diperiksa tahun lalu di mana sejumlah 59,646 (90.1 peratus) adalah bersih.

“Manakala 1,534 (2.32 peratus) premis makanan yang diperiksa adalah tidak bersih termasuk restoran dan kedai makan telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 19,789 notis dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983,” katanya.

Katanya, KKM menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan makanan negara bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati makanan yang
selamat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada 600 juta penduduk di seluruh dunia, satu daripada 10 orang jatuh sakit akibat setiap tahun akibat memakan makanan tercemar dengan bakteria, virus, parasit, racun atau bahan kimia.

“Daripada jumlah itu, seramai 420,000 orang mati setiap tahun di mana dianggarkan 168,000 (40 peratus) daripadanya adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mati akibat penyakit yang disebabkan oleh pencemaran makanan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya