PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes sembuh Covid-19 yang tinggi iaitu sebanyak 6,831 kes berbanding kes positif berjumlah 5,419 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 101 kes kematian dicatatkan dengan 922 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) selain 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut beliau, Selangor bagaimanapun kekal sebagai negeri dengan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,996 kes diikuti Sarawak (718) dan Kuala Lumpur (650).
“Negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan (396); Johor (366); Kedah (252); Kelantan (245); Sabah (230); Melaka (155); Labuan (138); Pulau Pinang (124); Perak (68); Terengganu (43); Pahang (32); Putrajaya (5) dan Perlis (1),” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE