Kes ingkar SOP gagal merekod butiran diri paling tinggi - Utusan Malaysia

Kes ingkar SOP gagal merekod butiran diri paling tinggi

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara merekodkan 600 individu ditahan semalam dengan 592 dikompaun manakala lapan lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi ialah gagal merekod butiran diri di premis sebanyak 136 kes, diikuti tiada penjarakan fizikal dengan 125 kes disusuli kesalahan merentas kawasan dan makan di premis (104), tidak memakai pelitup (96), tidak patuh arahan PKP (70), membawa penumpang berlebihan (30) dan lain-lain (39).

“Seramai 25 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan enam kenderaan darat dirampas melalui Operasi Benteng dengan sebanyak 114 buah bot atau kapal dicurigai turut dikesan berdekatan perairan negara kita melalui tujuh aktiviti penglihatan yang dibuat oleh pasukan keselamatan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 529 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 540 peruncit, 153 pemborong dan 32 pengilang selain melakukan 1,704 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya 15 premis yang dikenakan kompaun kerana ingkar arahan.

Beliau juga mengesahkan, dua daripada 59 pekerja asing yang disaring semalam disahkan positif Covid-19 di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya