PETALING JAYA: Kes penularan Covid-19 yang direkodkan hari ini menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 5,244 kes berbanding 4,743 kes semalam.
Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi penularan dengan merekodkan sebanyak 2,001 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes dicatatkan.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan jumlah kes sebanyak 531 kes manakala Sarawak pula sebanyak 577 kes dicatatkan pada hari ini.
Perlis kekal merekodkan kes penularan dibawah dua angka iaitu hanya satu kes dicatatkan diikuti Putrajaya dengan 13 kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes penularan wabak Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini adalah sebanyak 711.006 kes.- UTUSAN ONLINE