Kerajaan akan umum pemberian moratorium, i-Sinar - Utusan Malaysia

Kerajaan akan umum pemberian moratorium, i-Sinar

Tangkapan skrin daripada Facebook Tengku Zafrul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan pemberian moratorium, i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang didesak oleh banyak pihak dalam menghadapi saat sukar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau telah berbincang tentang perkara itu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam postng Facebook beliau petang ini.

Semalam beliau memberitahu, KWSP telah menganjurkan Sesi Zoom dengan beberapa orang influencer dalam kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara mereka tanpa sebarang tapisan.

“Mereka turut menjemput peserta dari FB group yang khusus memfokus kepada i-Sinar, i-Lestari dan bantuan-bantuan Kerajaan,” katanya.

Menurutnya, KWSP dan Kementerian Kewangan sentiasa mendengar luahan dan keluhan rakyat dan sesi tersebut adalah sebahagian usaha untuk mendapatkan maklumbalas bagi membentuk dasar dan inisiatif yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

“Baru kelmarin saya telah bermesyuarat bersama CEO KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, dan pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan yang sesuai untuk Pelan Pemulihan Negara,” ujarnya.

Katanya, kerajaan rakyat memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara.

“Ingin saya tekankan bahawa Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan. Salah satu permintaan yang sering kami terima ialah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.
Kerajaan faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah saya juga secara peribadi ada kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam menghadapi cabaran masa ini.

“Pada masa yang sama ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik Kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan Kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran daripada KWSP.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah ada pelbagai suara menyokong dan membantah. Kami akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya