Kenyataan Takiyuddin : Polis panggil individu berkaitan - Utusan Malaysia

Kenyataan Takiyuddin : Polis panggil individu berkaitan

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mungkin memanggil individu berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman berhubung perkara itu.

“Kita telah menerima laporan terhadap Takiyuddin dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan sesiapa sahaja akan disiasat sekiranya melakukan hasutan termasuk Takiyuddin.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, polis akan melakukan siasatan tanpa mengira siapa sahaja atau darjat untuk mengetahui lebih mendalam isu yang dibangkit.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis Pemuda Pakatan Harapan (PH) ke atas Takiyuddin berhubung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai sidang Parlimen di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dekat sini, semalam.

Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda PH mahu polis menyiasat kenyataan Takiyuddin ketika mengulas pandangan Agong.

Semalam, Takiyuddin memberi bayangan bahawa masanya “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya