PASIR MAS: Capaian internet lemah dan ketiadaan gajet merentap semangat para pelajar di Kampung Sipul, Tok Uban, di sini untuk mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bercakap kepada Utusan Malaysia, para pelajar mendakwa sering terlepas sesi PdPR gara-gara kualiti capaian internet yang masih di takuk lama. Pelajar Tingkatan Satu, Muhammad Afiq Aizizi, 13, dia kadangkala berasa putus asa dengan tahap capaian internet dan kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada aplikasi WhatsApp untuk belajar. “Walaupun jarang dapat mengikuti PdPR, saya tetap berusaha menyiapkan tugasan dan menghantar kerja rumah mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya