Kedai serbaneka dibenar jual arak - Utusan Malaysia

Kedai serbaneka dibenar jual arak

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjualan arak di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dibenarkan sekiranya premis berkenaan mempunyai lesen penjualan minuman keras itu.

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini yang turut membuat keputusan hanya kilang dan kedai yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, premis atau syarikat perniagaan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perlu seperti makanan dan minuman (food and beverages) dibenarkan beroperasi di bawah senarai perkhidmatan perlu (essential service).

“Premis seperti ini termasuklah antaranya pasar raya, pasar mini dan kedai serbaneka. Sebahagian premis ini turut mempunyai lesen dan seksyen khas untuk menjual
minuman keras.

“Oleh itu, tiada larangan untuk premis terbabit yang dikategorikan sebagai perlu dan mempunyai lesen untuk menjual minuman keras yang telah mendapat kelulusan beroperasi untuk menjual barangan yang terdapat dalam premis mereka termasuklah minuman keras dengan syarat mereka patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini MKN memutuskan bahawa kilang arak dan premis yang khusus menjual arak (liquor shop) tidak dibenarkan beroperasi sepanjang perintah sekatan pergerakan penuh (lock down) bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Menurut Rosol, kebenaran penjualan itu juga terpakai kepada rokok yang dijual dalam premis yang disenaraikan di bawah kategori perlu tertakluk kepada peraturan penjualan sepertimana yang telah ditetapkan.

“Sekali lagi ditegaskan, apa yang dibenarkan dalam senarai perkhidmatan perlu, itu sahaja yang dibenarkan beroperasi.

“KPDNHEP mengikut sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan MKN,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya