KANGAR: Disisih saudara-mara terdekat, rakan-rakan dan penduduk kampung selain terpaksa berdepan stigma negatif masyarakat. Itu antara dilema yang terpaksa ditanggung bekas pesakit Covid-19 sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka mula mengalami trauma dan tekanan emosi. Malah, ada dalam kalangan mereka meluahkan kepada Utusan Malaysia, situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka patah semangat dan sehingga kini masih tidak sanggup berdepan dengan dunia luar. Bekas pesakit Covid-19 tidak pernah meminta dijangkiti malah ramai dalam kalangan mereka sudah cukup ‘terseksa’ khususnya dari segi emosi dan psikologi selepas kehilangan ahli keluarga termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya