'Kaji semula SOP, kami juga mahu cari makan' - Utusan Malaysia

‘Kaji semula SOP, kami juga mahu cari makan’

PENGUSAHA kedai gunting rambut, Cairil Fadzrizal Ramli di hadapan kedainya di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang terpaksa ditutup ekoran pelaksanaan PKP 3.0 menyebabkan dia menanggung beban hutang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: “Sejak kedai gunting tutup, saya terpaksa buat macam-macam bisnes demi kelangsungan hidup. Jadi ejen hartanah pernah, jual ‘vape’ online, ejen ‘renew roadtax’ (perbaharui cukai) dan insurans pun pernah. Macam-macam lagilah”.

Itu kata pemilik kedai gunting rambut, The Tukang Gunting di sini iaitu Cairil Fadzrizal Ramli, 43, kepada Utusan Malaysia yang berkongsi kepayahan hidup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menurut Cairil Fadzrizal, selain demi kelangsungan hidup, dia juga terpaksa bekerja lebih keras kerana sedang menanggung bebanan hutang yang tinggi termasuk sewa kedai serta bayaran tunggakan gaji pekerja.

“Seminggu tutup pun dah macam rugi sebulan. Kami tutup sebulan atau lebih, berapa lama lagi kami boleh bertahan?” soalnya.

Sehubungan itu, bapa kepada tiga cahaya mata berkenaan merayu kerajaan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kepada pengusaha kedai gunting sepertinya.

“Kalau boleh, dalam seminggu tu berilah kami peluang untuk beroperasi sekurang-kurangnya tiga atau empat hari atau hadkan waktu operasi tapi jangan tutup terus.

“Boleh juga beri geran atau pinjaman khas untuk kami kerana kebanyakan pengusaha kedai gunting menggunakan modal sendiri untuk berbisnes. Takkan kami kena tukar kedai kepada kilang juga baru boleh beroperasi?” katanya.

Tambah Cairil Fadzrizal, kebanyakan tukang gunting khususnya anak tempatan sangat menjaga SOP ketika beroperasi berbanding kedai gunting rambut yang diusahakan oleh pengusaha dari India atau Aceh, Indonesia.

Dalam pada itu, seorang pengusaha kedai gambar, Shamsul Akmal Shamsuddin, 40, memberitahu, dia juga sangat terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 kerana kerana masih perlu membayar sewa kedai serta bil-bil yang berkaitan walaupun telah menghentikan operasi sejak 1 Jun lalu.

“Nak tunggu ‘job’ (kerja sampingan) lain pun susah sebab kerja-kerja ambil gambar ni bermusim juga. Contoh macam semasa kenduri atau majlis konvokesyen sahaja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya