Jumlah ternakan untuk korban dijamin cukup - Utusan Malaysia

Jumlah ternakan untuk korban dijamin cukup

JABATAN VETERINAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan bahawa bekalan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan adalah mencukupi.

Ia setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih dengan permintaan yang dianggarkan sebanyak 39,172 ekor lembu dan kerbau dan 21,949 ekor kambing dan bebiri.

“Berdasarkan unjuran bekalan daripada perangkaan JPV, terdapat 43,842 ekor lembu dan kerbau serta 33,173 ekor kambing dan bebiri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

 Jumlah tersebut dijangka cukup untuk menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini yang turut melibatkan bekalan ruminan diimport bagi tujuan khusus ibadah berkenaan.

JPV memaklumkan bahawa, berdasarkan statistik sehingga akhir bulan lalu, stok lembu dan kerbau domestik ialah 33,650 ekor manakala 10,192 ekor dibawa masuk dari luar negara.

 “Sementara untuk bekalan kambing dan bebiri pula, ternakan tempatan itu melibatkan jumlah sebanyak 24,316 ekor manakala yang diimport pula ialah 8,857 ekor,” kata kenyataan itu.

 Sebanyak 27 buah rumah sembelih JPV di seluruh Semenanjung Malaysia sedia untuk beroperasi dengan 10 daripadanya itu memenuhi pelbagai syarat ketat ditetapkan Australia.

Ini ujar agensi tersebut, meliputi Sistem Jaminan Rantaian Bekalan Eksport (ESCAS) bagi tujuan khas penyembelihan ternakan ruminan daripada pihak kerajaan negara berkenaan.

 Di samping itu, JPV turut mengeluarkan lesen kepada 35 buah rumah sembelih swasta di seluruh Semenanjung Malaysia bagi perkhidmatan tersebut untuk tujuan korban Aidiladha.

Kesemua premis berkenaan jelasnya, akan beroperasi mengikut Seksyen 86, Akta Binatang 1953 dan berdasarkan Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya