JKN perlu bantu bantu percepat vaksin untuk petugas media - Utusan Malaysia

JKN perlu bantu bantu percepat vaksin untuk petugas media

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jabatan-jabatan kesihatan negeri (JKN) digesa mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada petugas media memandangkan masih ramai dalam kalangan kumpulan itu belum mendapat suntikan vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pengamal media merupakan petugas barisan hadapan yang perlu diberi keutamaan memandangkan bertugas di lapangan serta terdedah kepada risiko Covid-19.

“Bekalan vaksin yang diterima semakin banyak dan ada peluang lebih besar kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas media untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Difahamkan, masih ramai lagi petugas media, polis dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masih belum mendapat suntikan vaksin Covid-19, jadi, kita harap JKN dapat bantu percepatkan proses ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Program Vaksinasi Warga Media Pulau Pinang di Klinik Kesihatan Bandar Baru Ayer Itam, di sini hari ini.

Dalam program berkenaan, seramai 117 petugas media di daerah Timur Laut menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19.

Menurut Zahidi, JKN seluruh negera perlu mencontohi JKN Pulau Pinang yang membantu mempercepat pemberian vaksin Covid-19 itu kepada petugas media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan membawa ke peringkat Kabinet rungutan serta kekecewaan rakyat mengenai peningkatan kluster-kluster Covid-19 yang melibatkan sektor perkilangan.

“Kita tidak mahu usaha baik kerajaan menentang Covid-19 ini disalah erti akibat kluster daripada kilang-kilang,” katanya.

Sementara itu Zahidi berkata, bagi mengatasi masalah capaian internet yang lemah terutama di kawasan luar bandar, pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa bersama Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk menaiktaraf liputan telekomunikasi.

Jelasnya, usaha itu bagi memudahkan pelajar mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) di rumah.

“Jawatankuasa ini dan TM akan turun padang memantau sendiri kawasan yang mempunyai masalah internet dan mengambil langkah segera mengatasinya.

”Selain itu, kita juga akan meminta syarikat telekomunikasi lain membantu memastikan kawasan luar bandar mendapat capaian internet lebih baik bagi memudahkan proses PdPR berlangsung,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya